Enam mak nyah ditahan di Pandan Indah

Sepasukan anggota polis sedang menyiasat individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Pandan Indah pada Sabtu.
Sepasukan anggota polis sedang menyiasat individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Pandan Indah pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - Enam lelaki berpakaian wanita ditahan dalam operasi bersepadu di Pandan Indah di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, satu operasi bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dijalankan bagi membanteras kegiatan maksiat dan tidak bermoral pada jam 10.30 malam.

"Lima individu yang beragama Islam telah diserahkan kepada JAIS, manakala seorang individu bukan beragama Islam disiasat polis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamad Farouk berkata, MPAJ turut merobohkan dinding bilik yang dijadikan bilik sewa individu berkenaan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

"Tindakan itu mengikut Seksyen 79(3) Akta Parit dan Bangunan 1974 Akta 133," katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati hanya seorang positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Lima individu beragama Islam disiasat di bawah Seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, manakala seorang individu yang bukan beragama Islam disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Individu yang positif dadah pula disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.