Mara tetap hantar pelajar ke luar negara

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) melawat gerai pameran semasa hadir ke Program Bekwoh Rakyat Keluarga Malaysia di Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Sabtu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) melawat gerai pameran semasa hadir ke Program Bekwoh Rakyat Keluarga Malaysia di Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Majlis Amanah Rakyat (Mara) tetap menghantar pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian ke luar negara meskipun keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bukan itu sahaja kerajaan tidak membuat sebarang pemotongan bajet berkaitan perkara tersebut.

"Hal ini kerana, kerajaan telah meletakkan perkara tersebut dalam belanjawan setiap tahun dengan menjadikan ia sebagai keutamaan berbanding perkara-perkara lain.

"Jadi kita tidak perlu risau kerana pendidikan dan kesihatan antara perkara utama menjadi perhatian kerajaan," katanya selepas merasmikan Program Bekwoh Rakyat Keluarga Malaysia di Pantai Geting, Pengkalan Kubor di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, setakat ini kerajaan mempunyai senarai 50 buah universiti ternama dunia yang boleh menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian.

Beliau berkata, pelajar yang mahu menyambung pengajian perlu mendapat keputusan cemerlang.

Mahdzir berkata, kerajaan memberikan penekanan tajaan pendidikan berkaitan dengan bidang-bidang terkini yang menjadi keperluan pada negara.