Red Devils tidak boleh ‘gelojoh’ sangat

Ten-Hag berkata sesuatu kepada pemain United ketika sesi latihan menjelang aksi berdepan Brighton pada Ahad. - Foto Football 365
Ten-Hag berkata sesuatu kepada pemain United ketika sesi latihan menjelang aksi berdepan Brighton pada Ahad. - Foto Football 365
A
A
A

BIARPUN yakin Manchester United mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada kedudukan empat pasukan teratas (top four) musim ini, namun pengendali Ten Hag tidak mahu pihaknya terlalu ‘gelojoh’ dalam usaha merealisasikannya.

Ten Hag mahu kesebelasan The Red Devils itu memberikan fokus pada setiap perlawanan yang diharungi kerana setiap pasukan dilihat mampu mengejutkan United pada bila-bila masa.

“Memang menjadi sasaran kami kembali berada pada kedudukan 'top four', tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati.

“Kami perlu mengambil serius setiap perlawanan diharungi dan tidak boleh memandang mudah kepada setiap lawan ditemui.

“Oleh itu, jom kita mulakan Ahad ini (aksi EPL berepan Brighton), di Old Trafford,” katanya.

United bakal memulakan aksi musim ini berdepan Brighton di depan penyokong sendiri dan berharap ia mampu menjelmakan tiga mata berharga.

Mengulas mengenai kesebelasan pemain yang bakal diturunkan, Ten Hag berkata, dia tidak dapat mendedahkan perkara berkenaan.

Katanya, setakat ini dia sememangnya berpuas hati dengan kesebelasan sedia ada berdasarkan prestasi ditunjukkan pada aksi pra-musim sebelum ini.

“Saya benar-benar berpuas hati dengan pemain-pemain sedia ada. Mereka dilihat bekerja keras dan ia merupakan satu ‘budaya’ sihat dan perlu berterusan.

“Ronaldo (Cristiano) juga sudah bersama kita dan turut bekerja keras dalam sesi latihan pasukan. Ini membuatkan saya sedar bahawa kami sebenarnya tidak memerlukan ‘pemain’ tetapi lebih memerlukan ‘pemain bersesuaian’ untuk beraksi,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!