Batalkan sahaja projek LCS

Hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada TLDM, walaupun perjanjian kontrak menggariskan dua kapal pertama patut diserahkan pada April 2019. - Gambar Hiasan (Gambar kecil: Ang Peng)

A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan telah membayar berbilion ringgit untuk projek kapal tempur pesisir pantai (LCS), tetapi tiada satu pun yang disiapkan sehingga kini!

Itulah ketirisan dan kegagalan projek mega yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lantaran itulah, Ahli Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA), Kapten Dr Wong Ang Peng mendesak kerajaan membatalkan sahaja projek LCS untuk mengelakkan daripada membuat lebih banyak kerugian.

“Setelah mengambil kira hutang sekitar RM5 bilion dan pasukan projek lama yang gagal dan kini mengambil alih semula, sebaiknya negara batalkan sahaja projek LCS.

“Pasukan yang pernah gagal sebelum ini tidak mungkin berjaya kali ini. Lupakan sahaja projek LCS. Fokus negara kini adalah membina semula ekonomi terlebih dahulu,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Jumaat.

Baca laporan penuh 'Batalkan sahaja projek LCS' di Sinar Premium.