Nurul Izzah, Shao Loong sah bernikah

Nurul Izzah Anwar mengesahkan telah berkahwin dengan penyelidik kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Yin Shao Loong pada Jumaat.
Nurul Izzah Anwar mengesahkan telah berkahwin dengan penyelidik kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Yin Shao Loong pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan telah berkahwin dengan penyelidik kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Yin Shao Loong pada Jumaat.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat, Nurul Izzah menjelaskan, majlis pernikahan tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat.

"Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

"Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan ALLAH SWT," katanya.

Shao Loong, 46, pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan berkenaan selain menjadi pengarah eksekutif Institut Pemikir PKR yang diketuai oleh Nurul Izzah.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menerusi ciapan di lawan Twitter turut mengucapkan tahniah di atas perkhabaran tersebut.

“Tahniah buat saudara @yinshaoloong dan YB @n_izzah yang telah selamat diijabkabul petang tadi.

“Didoakan semoga kedua-duanya diberkati ALLAH SWT dan dikurniakan kebahagiaan sehingga ke jannah,” ciapnya.