Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada atlet powerlifting

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto fail Bernama
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto fail Bernama
A
A
A

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, pada Jumaat.

Bonnie, juara dunia 2019 dan 2021, memenangi pingat emas dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg) di Birmingham selepas melakukan angkatan 220kg yang juga rekod temasya. - Bernama

Atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin bergambar bersama pemenang pingat Perak dari England, Mark Swan (kiri) dan pemenang pingat Gangsa dari Nigeria, Innocent Nnamdi bagi acara Angkat Berat Kategori Lelaki Lightweight semasa Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Centre pada Khamis. - Foto Bernama