Tiket ETS, Intercity sempena Aidilfitri dijual mulai Rabu depan

Tiket ETS, Intercity sempena Aidilfitri dijual mulai Rabu depan
Tiket ETS, Intercity sempena Aidilfitri dijual mulai Rabu depan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mula menjual tiket untuk perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Aidilfitri bermula Rabu depan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat KTMB hari ini, orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api untuk balik ke kampung halaman boleh mendapatkan tiket tersebut bermula jam 8.30 pagi.

Tiket-tiket bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity yang dijual itu adalah bagi perjalanan di antara 1 Mei hingga 16 Jun berdasarkan jadual waktu perjalanan yang sedia ada.

“Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu.

“Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau menerusi aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta di kaunter-kaunter tiket KTMB.

“Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral – Woodlands – JB Sentral) kekal seperti biasa,” katanya dalam kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my, KTM Berhad (Facebook), @ktm_berhad (Twitter) dan @ktmbofficial (Instagram) ataupun menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad yang beroperasi 24 jam setiap hari di talian 0322671200.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption