Pandelela layak ke final

Pandelela Rinong
Pandelela Rinong
A
A
A

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mencapai sasaran pada Khamis apabila layak ke final acara terjun 10 meter platform wanita di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini.

Pandelela menduduki tempat ketujuh dengan mengumpulkan 283.50 mata pada pusingan awal yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell.

Penerjun tuan rumah Andrea Spendolini Sirieix menguasai pusingan awal dengan mengumpulkan 360.60 mata.

Final akan berlangsung pada 7.29 malam waktu tempatan (2.29 pagi Khamis waktu Malaysia). - Bernama