Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. - Foto 123RF
KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. - Foto 123RF
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM40.33 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing selama tujuh hari dan 32 hari, serta tender repo berbalik RM65 juta selama 92 hari.

Ia juga akan mengadakan tiga tender Qard, yang terdiri daripada tender RM2.7 bilion untuk jangka masa selama tujuh hari, tender RM700 juta bertempoh 14 hari dan tender RM400 juta untuk 21 hari.

Selain itu, bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM37.4 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM28.7 bilion bagi tender semalaman murabahah. - Bernama