Scammer menyamar guna nama, gambar MB Selangor

Gambar Amirudin digunakan oleh sindiket penipuan untuk menjalankan kegiatan terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.
Gambar Amirudin digunakan oleh sindiket penipuan untuk menjalankan kegiatan terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.
A
A
A

SHAH ALAM - Terdapat sindiket dikesan menggunakan nama dan gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk melakukan aktiviti penipuan menerusi aplikasi WhatsApp.

Amirudin menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pihak tersebut menggunakan nombor 01162232985 untuk melakukan kegiatan terbabit.

Menurutnya, akaun tersebut adalah palsu dan berbentuk penipuan.

"Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 01162232985.

"Ini adalah palsu dan merupakan satu bentuk ‘scam’. Sila ambil maklum dan berhati-hati," katanya dalam hantaran tersebut pada Rabu.