Juruterbang mati kerana jatuh atau lompat dari pesawat

Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh Durham pada Jumaat lalu. - Foto Twitter/Simon Palmore
Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh Durham pada Jumaat lalu. - Foto Twitter/Simon Palmore
A
A
A

MORRISVILLE - Para penyiasat pihak berkuasa penerbangan di Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat sama ada seorang pembantu juruterbang sudah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum dia terjatuh atau melompat dari sebuah pesawat baru-baru ini.

Selepas juruterbang itu terjatuh atau melompat keluar dari udara, pesawat itu mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh Durham pada Jumaat lalu.

Namun, pembantu juruterbang itu, Charles Hew Crooks yang berusia 23 tahun tidak berada di dalam pesawat ringan tersebut ketika ia mendarat cemas.

Roda kanan kapal terbang itu mengalami masalah menyebabkan ia sukar untuk mendarat.

Bagaimanapun, mayat pembantu juruterbang tersebut ditemui kira-kira lebih 48 kilometer ke selatan lapangan terbang tersebut.

Mayatnya ditemui di belakang rumah seseorang dan dia tidak memakai payung terjun dan pihak berkuasa percaya dia jatuh dari ketinggian lebih 1,000 meter.

Justeru, Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat sama ada dia meninggal dunia atau tidak sebelum terjatuh dari pesawat ringan itu. - Agensi