Kunjungan Pelosi: Isu kelapa sawit antara fokus perbincangan

Azhar Azizan pada sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Selasa.
Azhar Azizan pada sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menyifatkan kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi dan delegasi ke Parlimen Malaysia pada Selasa sebagai lawatan bersejarah kepada institusi itu.

Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu melibatkan isu kelapa sawit yang telah sekian lama menjadi kontroversi antara Malaysia dan AS.

“Kita ingin mencari jalan untuk mengadakan lebih banyak libat urus antara kedua-dua kerajaan mengenai isu kelapa sawit.

"Saya menekankan bahawa Malaysia tidak ada apa-apa hendak sembunyikan mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap industri kelapa sawit kita.

“Saya nyatakan harapan agar lebih banyak perbincangan dan libat urus multi literal boleh diadakan antara AS dan Malaysia untuk mencari penyelesaian ‘situasi menang-menang’ terhadap isu tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Selasa.

Selain itu katanya, turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah Penilaian Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang yang meletakkan Malaysia pada Tahap 3.

“Malah, saya juga nyatakan ketika kunjungan beliau hari ini menteri (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin) sedang memberikan penerangan kepada Dewan Rakyat mengenai perkara itu.

“Sekali lagi saya tekankan bahawa Malaysia sedang ambil tindakan sewajarnya untuk membaiki keadaan berkenaan (berhubung Penilaian Laporan JNAS),” katanya.

Tambah Azhar Azizan, secara keseluruhan pertemuan itu berlansung dalam keadaan amat baik dan Pelosi juga turut menyatakan perasaan teruja belia.