Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NILAI ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini selepas dolar AS susut berikutan pengeluaran data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4520/4550 berbanding dolar AS berbanding penutupan Isnin 4.4529/4540.

Peniaga ActivTrades Dyogenes, Rodrigues Diniz berkata, data pembuatan ISM untuk Julai 2022 turun kepada 52.8 daripada 53 pada bulan Jun.

"Bagaimanapun, data itu lebih tinggi daripada jangkaan berbanding ramalan 52,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.4024/4049 daripada penutup Isnin pada 3.3735/3753, lemah berbanding pound Britain menjadi 5.4613/4649 daripada 5.4524/4548 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.5775/5806 daripada 4.5695/5716 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2336/2362 daripada 3.2345/2364 pada Isnin. - BERNAMA