Bunga Raya banyak belajar di Birmingham 2022

Muhammad Shah (dua dari kiri) bersama para pemain Bunga Raya sebelum berdepan Scotland di Stadium Coventry baru-baru ini.
Muhammad Shah (dua dari kiri) bersama para pemain Bunga Raya sebelum berdepan Scotland di Stadium Coventry baru-baru ini.
A
A
A

PELUANG dapat bersaing dengan pasukan ragbi berstatus gergasi dunia disifatkan sebagai satu pengalaman berharga dalam mematangkan permainan skuad Bunga Raya negara.

Itu luahan pemain skuad ragbi tujuh sebelah negara, Muhammad Shah Izwan Nordin, selepas pasukan Bunga Raya melabuh tirai kempen dengan tewas semua perlawanan di temasya sukan kedua terbesar dunia tersebut.

“Ya, bukan mudah untuk dapat peluang berdepan pasukan Afrika Selatan dan Scotland, Tonga dan Wales tambahan pula beraksi di pentas berprestij kita berjaya memberikan saingan kepada lawan.

“Malah saya juga gembira dengan karakter para pemain Bunga Raya 7s yang kembali bangkit meraih lebih banyak jaringan selepas tewas kepada Afrika Selatan dalam perlawanan pertama.

“Saya percaya pengalaman diperolehi sepanjang kempen di Birmingham 2022 ini berjaya membentuk karakter dalam kalangan pemain untuk mengharungi kejuaraan kompetitif lain selepas ini,” katanya yang menyumbang satu try ketika berdepan Wales kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Skuad Bunga Raya 7s menyingkap saingan Kumpulan B Birmingham 2022 dengan langkah kiri apabila tewas 0-46 Afrika Selatan, kemudian bangkit menyaingi Scotland sebelum tewas 12-50 diikuti tunduk 7-31 kepada Tonga.

Pada perlawanan penentuan tempat sembilan hingga ke-16, skuad negara akur kehebatan Wales 14-33 sebelum melabuh tirai tewas 7-28 kepada Jamaica aksi penentuan kedudukan tempat 13 hingga 15.

Tambah Muhammad Shah kelahiran Perak berusia 22 tahun itu, para pemain skuad negara gara berjaya mendapat ilmu baharu Sukan ragbi sepanjang mengharungi kempen Birmingham 2022.

“Ini adalah pengalaman yang terbaik bagi diri saya dan juga pasukan Bunga Raya 7s kerana dapat bermain dengan pasukan dikedudukan 10 terbaik ranking dunia.

“Dari segi fizikal dan taktikal sangat jauh berbeza dan mereka sangat pantas dalam menyerang, bertahan dari situ kami banyak belajar.

“Bila kami berjaya menghasilkan dua try, itu adalah satu permulaan yang baik bagi kami untuk menghadapi Kejohanan Siri Ragbi Asia 2022 yang berlangsung Oktober ini,” ujarnya.