Pesawat terhempas: Jurulatih penerbangan maut

Seorang jurulatih yang maut di tempat kejadian dibawa ke Unit Forensik HRPB.
Seorang jurulatih yang maut di tempat kejadian dibawa ke Unit Forensik HRPB.
A
A
A

IPOH - Seorang jurulatih penerbangan dilaporkan maut manakala rakannya terselamat dalam nahas pesawat ringan terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua jurulatih penerbangan mengalami cedera dibawa mendapatkan rawatan di HRPB Ipoh.
Ketua jurulatih penerbangan mengalami cedera dibawa mendapatkan rawatan di HRPB Ipoh.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, maklumat awal nahas melibatkan pesawat jenis Piper 28 yang berlepas dari Bats Aviation Sdn Bhd (BATS) berhampiran.

"Mereka berlepas dari sekolah penerbangan berhampiran. Mangsa yang cedera berjaya dibawa keluar kira-kira jam 9.25 malam manakala mangsa kedua dikeluarkan 10 minit kemudian.

Pesawat ringan jenis Piper 28 yang dinaiki dua jurulatih terhempas dalam nahas di Ipoh.
Pesawat ringan jenis Piper 28 yang dinaiki dua jurulatih terhempas dalam nahas di Ipoh.

"Saya percaya pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, polis telah memaklumkan kepada keluarga kedua-dua mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor dan Bukti Damansara, Kuala Lumpur.