Pesawat ringan terhempas, dua tersepit

Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang dipercayai tersepit dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Ipoh.
Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang dipercayai tersepit dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Dua mangsa dilaporkan tersepit dalam kejadian kapal terbang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.

"Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat sebuah kapal terbang bersiaz kecil telah terhempas.

"Terdapat dua mangsa dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan," katanya.