'Jangan tunduk desakan tarik balik sekatan eksport ayam'

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran agak tidak tunduk dengan desakan agar menarik balik sekatan eksport ayam.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, harga ayam ketika ini turun ke paras tidak melebihi RM8.50 sekilogram berbanding harga lebih tinggi sebelum ini.

"Kerajaan usah tergesa-gesa akur memenuhi desakan pihak kartel penternakan ayam agar menarik balik sekatan eksport ayam.

"Yang jelas sekarang harga ayam telah turun ke paras tidak melebihi RM8.50 berbanding satu ketika mencecah melebihi RM10 sekilogram.

"Kononnya bekalan ayam tak cukup, tetapi pelbagai manipulasi dilakukan oleh kartel yang menguasai pasaran, sehingga kerajaan terpaksa melakukan langkah drastik melarang eksport ayam mulai 1 Jun 2022," katanya dalam kenyataan di muat naik di Facebook miliknya pada Isnin.

Tambah beliau, kerajaan tidak boleh menarik balik sekatan berkenaan selagi belum wujud mekanisme jelas dan formula tepat untuk menstabilkan harga ayam.

Ini mengambil contoh harga ayam yang boleh diturunkan dan juga berlaku lebihan bekalan secara mendadak.

Sebelum ini wujud desakan daripada penternak ayam menarik balik sekatan eksport ayam secara berperingkat susulan situasi lambakan ternakan itu ketika ini, sekali gus menjejaskan penternak.

Artikel Berkaitan:

Antara lain turut dicadangkan agar kerajaan membuka 50 peratus eksport ayam bagi menstabilkan bekalan ayam berlebihan yang sedang berlaku.