Biden sekali lagi dijangkiti Covid-19

Joe Biden diuji positif sekali lagi untuk Covid-19. - Foto AFP
Joe Biden diuji positif sekali lagi untuk Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden diuji positif sekali lagi untuk Covid-19 pada Ahad untuk hari kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, menurut doktor Rumah Putih, Kevin O'Connor, Biden masih berasa sihat.

Biden telah pulih daripada serangan pertama Covid-19 tetapi beliau menerima keputusan positif Covid-19 pada Sabtu.

Beliau dijangkiti Covid-19 pada 21 Julai lalu tetapi mendapat keputusan ujian negatif pada Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat sebelum diuji positif pada Sabtu.

"Presiden akan meneruskan langkah pengasingan ketatnya.

"Namun, beliau akan terus menjalankan urusan rakyat Amerika dari kediaman eksekutifnya," kata O'Connor.

O'Connor pada Sabtu berkata, Biden tidak mengalami kemunculan semula gejala Covid-19 bermakna tiada rawatan lanjut diperlukan.

Walaupun Biden yang telah diberi vaksin sepenuhnya terpaksa membatalkan perjalanan yang dirancang ke Delaware dan Michigan.

Biden yang akan mencapai usia 80 tahun pada November ini ialah Presiden AS tertua dalam sejarah negara tersebut. - Agensi