Jho Low bakal dapat pengampunan Trump?

Laporan WSJ pada Mei lalu mendakwa Jho Low telah secara rasmi memohon pengampunan Presiden daripada Trump. Foto Agensi
Laporan WSJ pada Mei lalu mendakwa Jho Low telah secara rasmi memohon pengampunan Presiden daripada Trump. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dilaporkan antara individu yang berkemungkinan dipertimbangkan untuk menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Laporan itu didedahkan The Atlantic pada Isnin lalu memetik tiga sumber rapat mengenai perkara tersebut bahawa nama Jho Low dikatakan tersenarai dalam kumpulan kira-kira 250 individu yang sedang dipertimbangkan bagi pengampunan sempena sambutan ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS.

Turut dilaporkan berada dalam senarai berkenaan ialah penyanyi rap, Pras Michel iaitu anggota kumpulan Fugees yang disabitkan kesalahan berkaitan kempen lobi haram yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta pengasas syarikat kesihatan OneTaste, Nicole Daedone, yang didakwa dalam kes konspirasi buruh paksa.

Rumah Putih bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons sebelum laporan majalah tersebut diterbitkan.

Namun, ia bertindak segera menafikan dakwaan berkenaan dengan menyatakan nama individu yang disebut tidak berada dalam radar pasukan pengampunan.

Pada Mei lalu, Wall Street Journal (WSJ) membongkar Jho Low telah secara rasmi memohon pengampunan Presiden daripada Trump sebagai usaha untuk menggugurkan pertuduhan jenayah terhadapnya di Washington. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!