Dua penulis Grup Buku Karangkraf terima Anugerah Buku Negara 2019

Dua penulis Grup Buku Karangkraf iaitu Ramlee Awang Murshid dan Kipas Hikmat berjaya memenangi dua anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Dua penulis Grup Buku Karangkraf iaitu Ramlee Awang Murshid dan Kipas Hikmat berjaya memenangi dua anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua penulis Grup Buku Karangkraf iaitu Ramlee Awang Murshid dan Kipas Hikmat berjaya memenangi dua anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ramlee, novelis terkenal negara yang gemar menulis genre suspen triller, berjaya memenangi Anugerah Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia.

"Ini adalah satu sejarah sejak berkecimpung dengan dunia penulisan bersama Karangkraf sejak 1998 apabila novel pertama saya, Tombiruo dikeluarkan dan tahun ini dengan novel terbaru iaitu Anding Ayangan diterbitkan.

"Bagi saya ini merupakan satu kepuasan untuk melahirkan karya-karya yang saya berusaha untuk menawan hati pembaca bagaimanapun tanpa sokongan pembaca saya bukan siapa-siapa," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah tersebut.

Sementara itu, Penulis Buku Umum Alaf 21 yang hanya ingin dikenali dengan nama pena Kipas Hikmat berjaya memenangi Anugerah Buku Umum Terbaik bagi kategori Buku Rujukan yang bertajuk Fuiyooo Senangnya Kimia Edisi Satu dan Edisi Dua.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Karangkraf yang banyak membantu menjadikan saya daripada seorang guru kepada seorang penulis. Terima kasih kepada isteri dan tidak lupa pengikut saya yang banyak memberi semangat dan sokongan kepada saya," katanya.

Kipas hikmat
Kipas hikmat

Kipas Hikmat berkata, buku yang dihasilkan itu adalah yang kesembilan dan mempunyai kandungan yang berbeza daripada buku lain yang terdapat pasaran pada ketika ini kerana buku tersebut mampu untuk membantu para pelajar untuk memahami subjek kimia dengan mudah.

Artikel Berkaitan:

"Saya fikirkan hasrat untuk membuat buat buku ini untuk bantu anak bangsa Malaysia dan memahami belajar kimia dengan mudah. Sebagai guru, saya perlu bantu mereka dan berikan segalanya dan tidak rasa kedekut.

"Selagi ada hayat saya di dunia saya ikhlaskan ilmu ini supaya mereka hebat dalam bidang sains dan berharap dapat bantu tingkat pembelajaran dalam subjek kimia. Saya akan terus hasilkan buku lebih baik lagi pada masa depan," ujarnya.