Bomba guna helikopter selamatkan pendaki keletihan

Mangsa berjaya dibawa naik ke atas helikopter menggunakan teknik 'winch up' sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan. - Foto JBPM Pahang
Mangsa berjaya dibawa naik ke atas helikopter menggunakan teknik 'winch up' sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Bomba terpaksa menggunakan khidmat helikopter untuk membawa keluar seorang pendaki wanita yang mengalami keletihan hingga tidak mampu meneruskan perjalanan turun dari Kem Belumut, Gunung Tahan, Jerantut pada Sabtu.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bantuan helikopter bomba digunakan untuk membawa keluar mangsa berusia 39 tahun itu.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira jam 12 tengah hari dan dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk mendapatkan rawatan.

Bantuan helikopter bomba digunakan untuk membawa keluar seorang pendaki yang keletihan dari Gunung Tahan pada Sabtu. - Foto JBPM Pahang
Bantuan helikopter bomba digunakan untuk membawa keluar seorang pendaki yang keletihan dari Gunung Tahan pada Sabtu. - Foto JBPM Pahang

"Berdasarkan laporan awal, mangsa dan 21 pendaki lain bersama tiga pemandu arah mendaki gunung itu pada 27 Julai lalu.

"Dalam perjalanan turun, ketika sampai di Kem Belumut, mangsa dipercayai mengalami keletihan hingga hilang upaya untuk meneruskan perjalanan," katanya.

Ismail berkata, susulan kejadian, pihak bomba telah dihubungi untuk bantuan menyelamat.