PPS di Baling ditutup

Penduduk Kampung Padang Empang sebelum ini ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang,Baling dekat sini, selepas kediaman mereka dinaiki air pada Khamis.
Penduduk Kampung Padang Empang sebelum ini ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang,Baling dekat sini, selepas kediaman mereka dinaiki air pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir di mukim Kupang, Baling, dekat sini, pada Khamis telah ditutup operasinya pada Sabtu.

PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, dekat sini, sebelum ini menempatkan 58 mangsa banjir daripada 19 keluarga yang terjejas dalam kejadian itu.

Penutupan PPS itu disahkan Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Dzulhaidy Mohd Khalil pada Sabtu.

Beliau berkata, PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang ditutup jam 10 pagi.

Beliau turut memaklumkan Jambatan Bailey di Kampung Iboi, Kupang di sini yang ditutup juga telah dibuka semula kepada semua pengguna pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 58 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Mukim Kupang di sini, pada Khamis.

Mereka terdiri daripada 19 keluarga dari Kampung Padang Empang.

Hujan lebat kira-kira jam 2 petang selama tiga jam menyebabkan paras air Sungai Kupang meningkat dan menyebabkan limpahan berlaku di beberapa rumah penduduk terutama yang terletak di tebing sungai.