Mayat wanita tanpa identiti ditemukan terapung

Mayat wanita tanpa identiti ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto JBPM
Mayat wanita tanpa identiti ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto JBPM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penduduk di sekitar Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti pada Jumaat.

Pusat Gerak Operas (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 10.51 pagi.

"Sebuah jentera, bot, dan dua unit kayak bersama 12 anggota dari Balai Bomba Bukit Jal8l dan Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, pihak polis memaklumkan menerima laporan disyaki ada satu mayat sedang terapung di lombong berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah.

"Siasatan awal mendapati mayat tersebut seorang wanita dewasa, identiti belum dikenal pasti dan telah berjaya dibawa naik ke tebing pada jam 12.16 tengah hari," menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan pihak polis untuk mengenal pasti identiti dan punca kematian tersebut.

"Seterusnya, mayat diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 12.51 tengah hari," ujarnya.