[VIDEO] Khalid sindir ahli Parlimen Pas, UMNO jangan berlagak hero

Khalid - Foto Astro Awani
Khalid - Foto Astro Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menyindir barisan ahli Parlimen kerajaan kerana bersekongkol dan sanggup menerima ‘katak’ semata-mata ingin membentuk kerajaan tanpa mandat rakyat.

Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) berkata, sekiranya kedua-dua parti itu tidak menerima ahli Parlimen yang lompat parti, pengkhianatan secara besar-besaran terhadap Pakatan Harapan (PH) tidak akan berlaku.

“Jatuhnya PH oleh kerana pengkhianatan dan lompat parti ini tidak akan berlaku kalau UMNO dan Pas tidak bersekongkol serta sanggup terima katak-katak ini untuk membentuk kerajaan

“Jadi, saya harap pembahasan-pembahas daripada Pas dan UMNO janganlah berlagak macam hero hendak mempertahankan mandat,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika bangkit mencelah ketika Datuk Seri Hasan Arifin membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Tegasnya, rakyat telah melihat dengan jelas sikap dan pendirian ahli Parlimen daripada kedua-dua parti itu apabila menerima ahli Parlimen daripada PH yang melompat kira-kira dua tahun lalu.

“Rakyat tahu kamu lah (ahli Parlimen Pas dan UMNO) yang telah mengkhianati rakyat kerana kamu menerima katak-katak ini untuk membentuk kerajaan, sedangkan kamu tahu rakyat telah memberi mandat kepada PH,” katanya.

Artikel Berkaitan: