Loyal Reliance, UTM jalin kerjasama tangani isu kekurangan ekosistem ICT semikonduktor

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengarah Loyal Reliance, Syed Mohd Hafiz Syed Mohd (dua, kiri) dan staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga UTM, Profesor Dr. Lau Woei Jye (dua, kanan) juga selaku ketua projek.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengarah Loyal Reliance, Syed Mohd Hafiz Syed Mohd (dua, kiri) dan staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga UTM, Profesor Dr. Lau Woei Jye (dua, kanan) juga selaku ketua projek.
A
A
A

JOHORBAHRU - Loyal Reliance Sdn Bhd, sebuah syarikat 100 peratus bumiputera dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menandatangani satu perjanjian dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memperkasakan ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri semikonduktor di Malaysia.

UTM dipilih sebagai pelaksana program ini kerana institusi pengajian ini memang telah terbukti sebagai peneraju utama dalam bidang penyelidkan dan pembangunan sektor semikonduktor di Malaysia.

Tujuan program tersebut adalah untuk menangani, menyediakan dan meningkatkan keperluan eko-sistem sektor ICT semikonduktor tempatan bagi memastikan kemajuan dapat dipacu ke tahap lebih tinggi dan setaraf dengan negara maju.

Menurut Pengarah Loyal Reliance Sdn Bhd, Syed Mohd Hafiz Syed Mohd, pasaran semikonduktor global dijangka akan bertumbuh daripada AS$483 billion pada 2022 kepada AS$893.10 billion pada 2029, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 9.2 peratus sepanjang tempoh berkenaan.

“ICT juga dijangka akan menjadi sektor yang paling pesat berkembang dari segi pembuatan susulan proses digitalisasi dan automasi industri.

“Idea program ini dicetus sebagai tindakan proaktif kami kepada keperluan pasaran semasa untuk mendapatkan solusi terbaik dan kami komited untuk mencapai objektif ini. Untuk mencapai objektif ini kami yakin UTM adalah pilihan terbaik," katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian bersama UTM di sebuah hotel di sini, semalam.

Jelas beliau, berdasarkan sebuah penerbitan bertajuk Atradiuss Industry trends: ICT 2022, ICT elektronik adalah merupakan sesebuah industri yang inovatif dan dipacu oleh teknologi serta segmen semikonduktor akan berupaya memastikan keuntungan memberangsangkan untuk pengilang.

Tambahan itu jelas Syed Mohd Hafiz, Kongress Amerika juga telah meluluskan Akta Cip yang berjumlah AS$52 billion bagi meningkatkan pembuatan semikonduktor tempatan.

“Pada Februari 2020, Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) turut mengumumkan pelaburan sebanyak 45-billion-euro bagi tujuan penyelidikan berkaitan cip, infrastruktur dan pembuatan sehingga 2030.

Syed Mohd Hafiz (kiri) dan Dr Lau menandatangani perjanjian kerjasama antara Loyal Reliance dan UTM pada majlis di sebuah hotel, di sini, semalam.
Syed Mohd Hafiz (kiri) dan Dr Lau menandatangani perjanjian kerjasama antara Loyal Reliance dan UTM pada majlis di sebuah hotel, di sini, semalam.

Industri ini dijangka akan menjadi sektor yang paling pesat berkembang kerana digitalisasi, automasi industri dan peningkatan permintaan bagi semikonduktor dari segmen pertumbuhan baru seperti kenderaan elektrik, katanya.

Ujarnya, melalui jalinan kerjasama ini Loyal Reliance telah menaja dana R&D untuk keseluruhan projek R&D kepada UTM. Fasa satu projek ini akan membabitkan pembangunan sebuah peranti pembaca pintar yang boleh diprogramkan sebagai penderia fotonik atau photonic sensors yang boleh digunakan untuk tujuan aplikasi berkaitan industri minyak dan gas.

Kata Syed Mohd Hafiz, fasa tersebut akan memakan masa selama 18 bulan dan merupakan sebahagian daripada projek tiga fasa yang berlangsung selama 30 bulan.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Syed Mohd Hafiz dan staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga UTM, Profesor Dr. Lau Woei Jye juga selaku ketua projek.

Melalui pengalamannya dalam bidang pengubahsuaian permukaan atau surface modification, Profesor Dr Lau akan mengetuai satu pasukan penyelidik untuk membantu Loyal Reliance Sdn Bhd merealisasikan pembuatan peranti generasi akan datang.

Dr Lau juga merupakan editor bagi jurnal Chemical Engineering Research & Design (Elsevier) dan Water Reuse (IWA).

Kami juga percaya bahawa kejayaan projek ini akan membantu menjana peluang pekerjaan baru dan mencipta teknologi unik bagi negara Malaysia, ulas Syed Mohd Hafiz dan Profesor Dr Lau.