SME Bank terima anugerah Agensi Terbaik Pembangunan PKS

Dari kiri, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan LICTA, Lee Chee Weng, Wan Junaidi, Pengarah Wilayah Kuala Lumpur SME Bank, Azhar Kasan, Ketua Penyelarasan dan Penyesuaian Program, SME Bank, Datuk Seri Sayed Hussien Al Habshee dan Saaidah Khadijah Naim pada Majlis Malam Gala dan Penganugerahan Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dari kiri, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan LICTA, Lee Chee Weng, Wan Junaidi, Pengarah Wilayah Kuala Lumpur SME Bank, Azhar Kasan, Ketua Penyelarasan dan Penyesuaian Program, SME Bank, Datuk Seri Sayed Hussien Al Habshee dan Saaidah Khadijah Naim pada Majlis Malam Gala dan Penganugerahan Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

USAHA Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dalam membangunkan perusahaan kecil sederhana (PKS) diiktiraf apabila menerima Anugerah Agensi Terbaik Pembangunan PKS pada Majlis Malam Gala dan Penganugerahan Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021.

Anugerah tersebut telah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

LICTA merupakan proses pengiktirafan bagi mengenal pasti pencapaian sebenar sesebuah organisasi, perusahaan dan usahawan yang cemerlang, tulen serta dipercayai.

Anugerah ini mengiktiraf sumbangan besar SME Bank dalam menerajui Penciptaan Nilai Ekosistem PKS di Malaysia.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail berkata, SME Bank menghargai pengiktirafan tersebut kerana ia membuktikan mereka telah berjaya membawa pembangunan PKS ke satu tanda aras yang lebih tinggi.

“Pengiktirafan ini menunjukkan usaha SME Bank dalam membangunkan usahawan PKS telah memberi impak dan kesan positif kepada perkembangan ekonomi negara.

“Sehingga kini, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai lebih RM39 bilion kepada hampir 22,000 usahawan PKS.

“Pada tahun 2021, SME Bank telah meluluskan lebih RM400 juta daripada pakej rangsangan Penjana yang diumumkan kerajaan yang merangkumi Skim SME Go, Geran Padanan Pemerkasa dan Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF) untuk membantu PKS yang terjejas, “ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, menerusi Kemudahan Bantuan & Pemulihan Sasaran (TRRF) di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai RM150 juta kepada pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Aria berkata, SME Bank juga membimbing dan membangunkan PKS melalui anak syarikat milik penuhnya, Centre For Entrepreneur Development And Research Sdn Bhd (CEDAR) yang telah menjalankan 3,515 sesi latihan melibatkan 69,000 peserta.

Tambahnya, perjalanan kemampanan SME Bank dilaksanakan melalui Pelan Hala Tuju Kemampanan 3-tahun SME Bank (2021-2023) berdasarkan tiga tonggak utama iaitu Perbankan Bertanggungjawab, Amalan Perniagaan Bertanggungjawab dan Mencipta Impak Sosial.

“Selain itu, agenda kemampanan SME Bank juga selaras dengan Rangka Kerja Pengukuran Prestasi (PMF) Bank Negara Malaysia. SME Bank menyasarkan untuk meluluskan pembiayaan berkaitan ESG sebanyak RM1 bilion pada tahun ini,” katanya.

Aria berkata, SME Bank akan terus menyokong usahawan melalui pelbagai program pembiayaan sedia ada yang telah diamanahkan oleh kerajaan dalam membangunkan usahawan PKS.

“Ini termasuklah inisiatif tanggungjawab sosial korporat SME Bank untuk memperkasa perniagaan mikro golongan asnaf dan B40 telah menunjukkan impak positif apabila peserta Program Penjana Komuniti@SME Bank dan ISHRAF berjaya mencatatkan RM5.15 juta hasil jualan pada 2021.

“Kedua-dua program ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas memenangi anugerah daripada ‘Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific’ (ADFIAP),” katanya.