Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter bagi tempoh 28 Julai hingga 3 Ogos.
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter bagi tempoh 28 Julai hingga 3 Ogos.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, manakala petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 28 Julai hingga 3 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua bahan api itu meningkat melebihi paras harga siling semasa bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global.

Menurut kementerian, harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama