Warga emas terselamat dalam kebakaran

Pasukan bomba dan penyelamat sedang memadamkan api.
Pasukan bomba dan penyelamat sedang memadamkan api.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang warga emas terselamat dalam kebakaran rumah yang musnah 90 peratus di Kampung Solok, Gemetir, di sini, pagi tadi.

Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fahmi Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.58 pagi.

Keadaan di lokasi kejadian.
Keadaan di lokasi kejadian.

"Sebuah jentera dengan lapan anggota dikerah ke lokasi sebaik terima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi jam 11.08 pagi. Manakala sebuah lagi jentera bantuan tiba jam 11.10 pagi dengan enam anggota.

"Sebaik tiba, kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung dan terdapat seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun. Bagaimana pun, mangsa sempat menyelamatkan diri," katanya mengesahkan laporan hari ini.

Pasukan bomba dan penyelamat memadamkan api.
Pasukan bomba dan penyelamat memadamkan api.

Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dapat diselamatkan dan pasukan bomba dan penyelamat turut mengambil air daripada sumber air terbuka di lokasi.

"Sumber air tersebut merupakan sebuah parit dengan jarak 120 meter dari rumah mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, api tersebut dipercayai bermula di tengah rumah bagaimana pun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.