ICERD: PDRM siap siaga hadapi sebarang kemungkinan

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak mencetuskan sebarang provokasi pada perhimpunan berkenaan, petang ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ini kerana PDRM bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
“PDRM telah buat persiapan serapi mungkin dan kami berdoa dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku pada petang ini.
Pada Khamis lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata PDRM akan menutup enam jalan di ibu negara bersempena perhimpunan ICERD, bermula pukul 6 pagi ini.
Tindakan berkenaan dibuat bagi memberi ruang kepada peserta berhimpun di Jalan Raja berdepan bangunan Sultan Abdul Samad selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, seramai 74 kanak-kanak berumur dari lapan hingga 10 tahun terdiri daripada anak-anak warga PDRM menyertai majlis berkenaan.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.- Bernama
Penjawat awam ditahan kes rasuah RM30 juta
Rumah tepi sungai jadi 'lubuk' jual air ketum
Guru tuisyen didakwa laku kesalahan seksual terhadap tiga murid lelaki
'Saya buang aplikasi Waze, guna TuJu' – Hasbie
PKR tuntut Mukhriz mohon maaf, tarik balik dakwaan
Serbuan polis bongkar remaja 16 tahun jadi mangsa eksploitasi seks, dua lelaki ditahan
Guru dikejarkan ke hospital selepas rampas objek tajam dibawa pelajar
Ahmad Zahid batal sertai Munajat Penyatuan Ummah anjuran Pas
