MUFC benam Harimau Kumbang di Paya Rumput

Pemain MUFC, Emmanuel Oti (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Penang FC, Muhammad Gopi Rizqi Ramachandran pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. - Foto Melaka United Football Club
Pemain MUFC, Emmanuel Oti (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Penang FC, Muhammad Gopi Rizqi Ramachandran pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. - Foto Melaka United Football Club
A
A
A

MELAKA United FC (MUFC) meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Penang FC, 4-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Pemain import MUFC Emmanuel Oti membuka jaringan seawal minit keempat, sebelum seorang lagi pemain import, Adriano Narcizo menjaringkan gol kedua pada minit ke-36.

Tersentak dengan kedua-dua gol berkenaan, kesebelasan Penang FC dilihat cuba bangkit untuk menjaringkan gol penyamaan dengan mengatur asakan demi asakan ke pintu gol lawan.

Bagaimanapun, kesemua asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan MUFC hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan MUFC mula mendominasi perlawanan dan hasilnya penyerang import, Ifedayo Osamuyi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-58, sebelum Justin Baas meledak gol keempat tuan rumah pada minit ke-60.

Penang FC bagaimanapun akhirnya berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi pemain import, Lucas Silva pada minit ke-86, namun ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan tuan rumah.