Isteri rayu suami pulang segera

Mohd Azhar yang disedari hilang sejak Mei lalu.
Mohd Azhar yang disedari hilang sejak Mei lalu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang isteri merayu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan suaminya sejak Mei lalu agar tampil segera.

Nurul Hidayah Saad, 36, dari Pokok Sena berkata, suaminya, Mohd Azhar Che Mansor, 36, dikesan hilang selepas pulang ke rumah bapa mentua di Gurun, Kedah 16 Mei lalu.

Menurutnya, Mohd Azhar sering berulang-alik ke kampung dan menghubunginya seperti biasa sebelum kejadian, sehinggalah disedari hilang selepas dicari adik ipar.

"Lepas adik ipar telefon bertanya suami di mana, baru kami sedar bahawa dia tiada di kedua-dua rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nurul Hidayah, suami ada memaklumkan untuk mencari pendapatan tambahan bersama seorang lagi adik yang kini berada di Johor.

"Namun setelah dikesan, dia tiada di sana malah kami turut mencarinya di merata tempat termasuk di rumah saudara dan rakan terdekat namun masih tidak ditemui," jelasnya.

Katanya, anak bongsu mereka dan satu-satunya anak lelaki dari empat beradik berusia enam tahun, sering bertanyakan di mana bapanya kerana terlalu rindu.

"Saya juga merayu sekiranya suami terbaca mengenai berita ini, agar cepat-cepat pulang kerana anak-anak rindukan kamu," jelasnya.

Dia turut meminta orang ramai yang mengenali atau pernah ternampak Mohd Azhar berada, diminta menghubunginya segera.

Sementara itu, bapa Mohd Azhar, Che Mansor Yusof, 64, menjelaskan, ada bersembang dengan anak kelima dari lapan beradik itu, namun sekadar perbualan biasa beberapa hari sebelum hilang.

Che Mansor yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, Mohd Azhar datang ke rumahnya di Gurun dan difahamkan keluar semula menggunakan motosikal.

"Dia mai rumah naik kereta tetapi keluar menggunakan motosikal jenis SYM bernombor pendaftaran KDG8902 warna merah hitam, masa itu saya keluar bekerja," katanya.

Che Mansor bagaimanapun telah membuat laporan polis setelah usaha pencarian gagal menemui sebarang petunjuk.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 011-1072 8937 (Nurul Hidayah) atau 012-477 4969 (Che Mansor).