74,000 pil kuda disorok bawah rumah

Hasanuddin (tengah) bersama Kamarulzaman dan barisan pengawai menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket terbabit.
Hasanuddin (tengah) bersama Kamarulzaman dan barisan pengawai menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket terbabit.
A
A
A

KOTA BHARU - Taktik sekumpulan sindiket menyorokkan 74,000 pil kuda bernilai RM1.48 juta di bawah rumah keluarga dibongkar polis dalam tujuh serbuan di sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, kelmarin.

Serbuan dijalankan Pasukan Tindakan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada jam 3.15 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, bertindak atas maklumat tujuh termasuk enam lelaki berusia antara 24 hingga 46 tahun ditahan bersama seorang suri rumah berusia 25 tahun.

Katanya, suspek utama seorang penganggur berusia 36 tahun yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna merah terlebih dahulu ditahan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar, Kampung Kubang Badak, Pasir Mas.

“Pemeriksaan menjumpai satu beg sandang mengandungi dua bungkusan berisi pil kuda seberat satu kilogram (kg).

“Berpandukan lelaki berkenaan membawa polis ke sebuah rumah dan menunjukkan plastik mengandungi 11 bungkusan berisi pil kuda seberat 6.4kg,” katanya pada sidang media di IPK, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat.

Artikel Berkaitan: