Econsave tawar harga runtuh

Barisan tetamu dan penerima baucar bergambar bersama pada majlis perasmian di Econsave Pandamaran pada Ahad.
Barisan tetamu dan penerima baucar bergambar bersama pada majlis perasmian di Econsave Pandamaran pada Ahad.
A
A
A

ECONSAVE merancang untuk menambah rangkaian pasar raya dalam negara dengan meletakkan sasaran membuka cawangan ke-100 tahun depan.

Econsave kini mempunyai sebanyak 88 cawangan pasar raya termasuk terbaharu Econsave Pandamaran di Klang di sini yang dibuka secara rasminya pada Ahad.

Pelbagai tawaran ‘tidak boleh dilepaskan’ untuk pelbagai produk segar dan lain-lain barang keperluan kini ditawarkan kepada semua pengunjung sehingga akhir bulan iaitu 31 Julai ini.

Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sak Coon berkata, premis baharu itu menyediakan pelbagai keperluan yang lengkap kepada penduduk setempat pada kadar harga terendah di pasaran.

“Dengan pembukaan Econsave Pandamaran, di Klang kami sangat teruja untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dan untuk memacu kemajuan.

“Kami yakin Econsave menawar barangan berkualiti serta memberi nilai tambah kepada pembeli dan bersedia bersaing di pasaran pada harga tiada tandingan,” katanya pada Ahad.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Cawangan Pasaraya Econsave ke-88 disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Joong Fong serta seorang lagi Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sia Ling dan Pengurus Besar Econsave, Wong Yun Fatt.

Selaras dengan slogan ‘Bandingkan Harga Kami’, Econsave mengamalkan ‘Harga Rendah Setiap Hari’ dengan semakan harga mingguan bagi memastikan pelanggan setia mendapat nilai yang terbaik.

Econsave juga aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam dan luar negara termasuk menyumbang sebanyak RM10 juta untuk sekolah-sekolah di Malaysia.

Malah Econsave menyokong misi kemanusiaan ke Syria dan bekerjasama dengan Mycare Malaysia membina sekolah untuk kanak-kanak negara itu sempena Program Madrasah Impian Ku dan menyediakan bekalan perubatan yang menelan belanja RM2.5 juta kepada kanak-kanak di Gaza, Palestin.

Econsave turut menaja baucar beli-belah kepada ketua keluarga isi rumah B40 terpilih pada majlis perasmian cawangan baharunya yang juga dijadikan sebagai ibu pejabat utama Econsave.

Senarai harga runtuh boleh dirujuk di https:lleconsave.com.my atau akaun Facebook rasmi Econsave MY.