Tokoh korporat Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia

Tan Sri Mustapha Kamal
Tan Sri Mustapha Kamal
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tokoh korporat ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.

Menurut anak Allahyarham, Felina, bapanya meninggal dunia pada jam 7.45 pagi hari ini (Isnin).

Difahamkan, pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham yang berusia 73 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

"Buat masa ini jenazah ayah masih di IJN dan pihak keluarga sedang melakukan persiapan untuk proses selanjutnya," kata Felina kepada Astro Awani ketika dihubungi. - Awani