Muda gerakkan ‘Malaysia Maju’

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) melancarkan satu inisiatif untuk mengumpul idea, pandangan dan hasrat rakyat bagi sebuah 'Malaysia Maju'.

Muda dalam satu kenyataan memaklumkan, 80,000 ahlinya di seluruh negara akan digerakkan untuk bertemu seramai mungkin rakyat Malaysia bermula pada 24 Julai

"Usaha ini akan dijalankan dalam masa 60 hari dan ia memastikan suara rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat, kelas ekonomi, pelbagai bangsa, agama dan usia dapat diraih untuk sebuah ‘Malaysia Maju’.

"Malaysia Maju akan menjalankan pelbagai program termasuk turun padang bersama rakyat, Konvoi Malaysia Maju, forum, Debat Suara Semua, Raih Dana Malaysia Maju, Perhimpunan Malaysia Maju dan banyak lagi untuk mengumpulkan suara rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.

Muda menjelaskan, ‘Malaysia Maju’ akan membukukan setiap idea, pandangan dan hasrat rakyat Malaysia sebagai Kertas Hitam Muda, yang mana polisi dan dasar erbaik untuk ‘Malaysia Maju’ akan dibentangkan sebagai panduan.