Serangan udara Israel ke atas Damsyik, tiga tentera terbunuh

Serangan udara Israel ke atas Damsyik, ibu negara Syria, membunuh sekurang-kurangnya tiga anggota tentera. Foto AFP
Serangan udara Israel ke atas Damsyik, ibu negara Syria, membunuh sekurang-kurangnya tiga anggota tentera. Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Serangan udara Israel ke atas Damsyik, ibu negara Syria, membunuh sekurang-kurangnya tiga anggota tentera, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Agensi Berita Syria (SANA) pada Khamis.

Peluru berpandu itu dibedil dari Bukit Golan yang diduduki Israel yang menyasarkan pangkalan tentera, kata SANA.

Tujuh tentera turut cedera selain beberapa kelengkapan rosak.

Menurut SANA tentera udara Syria berjaya menembak jatuh beberapa peluru berpandu. - Bernama