Mane pemain terbaik Afrika

Mane bergambar bersama trofi pemain terbaik Afrika.
Mane bergambar bersama trofi pemain terbaik Afrika.
A
A
A

PEMAIN sayap Senegal,Sadio Mane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika buat kali kedua.

Tonggak serangan Bayern Munich itu mendapat undian tertinggi mengatasi penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan rakan senegara, Edouard Mendy.

“Saya sangat bertuah dan gembira kerana menerima anugerah ini sekali lagi. Saya mendedikasikan anugerah ini kepada remaja-remaja di Senegal.

“Ucapan terima kasih juga saya berikan kepada jurulatih, kelab dan semua rakan-rakan saya yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang,” ujarnya.

Untuk rekod, Mane sebelum ini merupakan antara watak penting dalam memacu pasukan bola sepak Senegal untuk meraih kejuaraan Piala Negara-negara Afrika awal tahun ini.

Malah beliau juga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas meledak tiga gol buat Senegal.

Sementara itu di peringkat kelab pula, Mane berjaya mencetak 23 gol dalam seluruh pertandingan bersama kelab lamanya Liverpool musim lalu selain berjaya menjulang dua trofi bersama The Reds.

Pemain berusia 30 tahun itu, juga membuat 51 penampilan bersama Liverpool sekali gus berada di kedudukan keempat berbanding Jordan Henderson (57), Diogo Jota (55) and Allison (54).