Gelombang haba melampau di Portugal ragut 1,063 nyawa

Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan telah meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai. - Foto AP
Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan telah meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai. - Foto AP
A
A
A

MADRID - Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan telah meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Kadar kematian meningkat di tengah-tengah gelombang haba terburuk pernah melanda Portugal dengan suhu tertinggi mencecah 47 darjah Celsius (116.6 Fahrenheit) pada Julai.

Menurut data dikeluarkan Institut Alam Sekitar ICNF pada Rabu, gelombang haba itu turut mencetuskan kebakaran hutan hingga memusnahkan 45,467 hektar tanah, hanya dalam tempoh 13 hari sahaja.

Dua anggota bomba dan seorang penduduk tempatan turut terkorban dalam kebakaran manakala lebih 135 lagi cedera.

Menteri Alam Sekitar Duarte Cordeiro memberitahu Parlimen bahawa negara itu juga berdepan "kemarau yang melampau" dan meminta rakyat supaya menjimatkan penggunaan air. - Bernama