Kempen #ImbasBalik Harga 2019 2.0 Lotus's beri penjimatan

Vivian Yap menunjukkan promosi kempen #ImbasBalik Harga 2019 2.0 yang diadakan di semua stor Lotus's di seluruh negara.
Vivian Yap menunjukkan promosi kempen #ImbasBalik Harga 2019 2.0 yang diadakan di semua stor Lotus's di seluruh negara.
A
A
A

LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) memperkenalkan fasa kedua kempen #ImbasBalik Harga 2019 (2.0) di kesemua 64 stornya dengan menawarkan harga pra-covid melibatkan 500 jenis produk sekali gus memberikan penjimatan yang lebih besar kepada pengguna.

Pengarah Eksekutif Pelanggan, Lotus’s Malaysia, Vivian Yap berkata, kempen Lotus’s #ImbasBalik Harga 2019 (2.0) telah dilancarkan bermula 20 Jun 2022 hingga 2 Oktober 2022.

Menurutnya, produk yang ditawarkan termasuk barangan runcit makanan, minuman, alat tulis, barangan elektrik dan peralatan dapur.

“Tawaran ini boleh dinikmati di kesemua stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan platform penghantaran dalam talian seperti HappyFresh, Foodpanda and Grab.

Nax Nax Marie Biscuits merupakan antara produk jenama Lotus's yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan menerusi kempen #ImbasBalik Harga 2019.
Nax Nax Marie Biscuits merupakan antara produk jenama Lotus's yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan menerusi kempen #ImbasBalik Harga 2019.

“Kami menerima sambutan positif daripada pelanggan semasa fasa pertama kempen ini. Kami membuat keputusan untuk membawa kembali kempen ini dan menawarkan pilihan produk yang lebih meluas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pelanggan Lotus’s yang merupakan ahli MyLotus’s juga boleh mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian dan seterusnya boleh menikmati lebih penjimatan apabila mereka menebus mata ganjaran mereka melalui Aplikasi Lotus’s Malaysia.

“Melalui kempen #ImbasBalik Harga 2019, pelanggan yang membuat pembelian di Lotus’s semasa tempoh promosi akan dapat menikmati harga diskaun dengan penjimatan sehingga 20 peratus,” katanya.

Lotus’s telah memperkenalkan kempen #ImbasBalik Harga 2019 (1.0) pada bulan April 2022 semasa tempoh Ramadan-Hari Raya.

Pelembut fabrik jenama Lotus's antara yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan pada kempen #ImbasBalik Harga 2019 2.0 yang diadakan bermula 20 Jun 2022 hingga 2 Oktober 2022.
Pelembut fabrik jenama Lotus's antara yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan pada kempen #ImbasBalik Harga 2019 2.0 yang diadakan bermula 20 Jun 2022 hingga 2 Oktober 2022.

Lotus’s telah melabur dalam harga lebih rendah untuk 20 jenis barangan untuk membawa keceriaan kepada para pelanggan yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun mengalami perintah berkurung akibat Covid-19.

Lotus’s juga sedang menjalankan Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda dengan kerjasama Halal Development Corporation (HDC) untuk meningkatkan kebolehpasaran produk halal buatan Malaysia, sebuah program di bawah Inisiatif Bajet 2022, sehingga akhir bulan Julai 2022.