Terpulang pada Kabinet dedah laporan CEP kepada umum

Rafidah ketika berucap dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini. Foto Sinar Harian Asril Aswandi
Rafidah ketika berucap dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini. Foto Sinar Harian Asril Aswandi
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan sama ada mahu mendedahkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kepada umum dan tidak meletakkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah terpulang kepada keputusan Kabinet.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, sekiranya pendedahan bab-bab yang terkandung dalam laporan tersebut tidak bersangkut paut dengan sebarang undang-undang, maka tidak ada masalah untuk disiarkan.

"Keputusan ini terpulang kepada Kabinet. Kalau ada bab-bab yang boleh disiar, itu juga tidak menjadi masalah bagi saya.

"Cuma kalau ada bab yang melibatkan akaun syarikat atau bersangkut paut dengan undang-undang, itu mungkin tidak boleh didedahkan bagi menjaga kerahsiaan maklumat syarikat," katanya selepas program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, hari ini.

Pada 29 Mac lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menempelak dan menyifatkan kerajaan PH sebagai 'gila' selepas enggan mendedahkan secara umum laporan yang disediakan CEP.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak adil mahu laksana semua kurang setahun: Rafidah

Menurut Zaid, Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin bersama lima lagi ahlinya telah bekerja keras untuk menyediakan laporan tersebut yang mengandungi maklumat tentang penyalahgunaan kuasa dan perincian dalam tadbir urus kerajaan.

Sementara itu, sebanyak 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), semalam menggesa kerajaan supaya mendedahkan laporan CEP kepada umum dan tidak meletakkannya di bawah AKTA Rahsia Rasmi 1972 (OSA)

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, NGO tersebut mendesak Putrajaya supaya tidak melanggar janji yang dibuat dan tindakan meletakkan laporan CEP di bawah OSA bermakna kerajaan mahu menyembunyikan sesuatu.