Piala Emas SSL: Peluang terakhir skuad pelayaran negara ke final

Pasukan 'The Monsoon” hanya tinggal satu peluang terakhir untuk melayakkan diri ke siri final Piala Emas Liga Pelayar (SSL) di Bahrain.
Pasukan 'The Monsoon” hanya tinggal satu peluang terakhir untuk melayakkan diri ke siri final Piala Emas Liga Pelayar (SSL) di Bahrain.
A
A
A
SKUAD pelayaran Malaysia "The Monsoon” hanya tinggal satu peluang terakhir untuk melayakkan diri ke siri final Piala Emas Liga Pelayar (SSL) di Bahrain.

Dalam siri kelayakan di Switzerland, Malaysia masih lagi bersaing rapat dengan India dalam Kumpulan 7 kerana mereka hanya menduduki tempat ketiga dalam dua perlumbaaan dan mengumpul 10 mata keseluruhan selepas lima perlumbaan.

Sebaliknya India kini yang mengumpul tujuh mata, ketinggalan tiga mata selepas dikenakan penalti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukan, perlumbaan kelima tidak berlangsung sebagaimana dirancang apabila mereka berlanggar dengan pasukan India, mengakibatkan satu lubang kecil.

Berikutan insiden itu, India menerima penalti kerana pelanggaran itu sementara Malaysia diberikan mata tambahan selepas melakukan tuntutan.

Pakar taktik Mohamad Faizal Norizan mengakui bagai ada yang tidak kena pada hari perlumbaan itu dan beliau mahu kru pasukan melupakannya serta bangkit kembali berjuang.

"Kami tidak bernasib baik hari ini, jadi kami akan cuba menamatkan perlumbaan kerana Perlumbaan 5 menyaksikan pelanggaran dengan pasukan India, saya berharap kami akan bangkit dengan lebih kuat sebagai sebuah pasukan untuk layak ke Bahrain,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Afrika Selatan menguasai kedua-dua perlumbaan keempat dan kelima dengan catatan 49.32 saat (s), diikuti India (+58s) dan Malaysia (+1:31s) masing-masing pada tempat kedua dan ketiga.

Skuad Ian Ainslie berada di kedudukan teratas Kumpulan 7 dengan 13 mata selepas menamatkan Perlumbaan 4 dan 5 dengan mata maksimum pada Sabtu dan menjadi pasukan pertama dalam kumpulan itu layak ke siri final di Bahrain.

Dengan hanya satu lagi tempat ke siri final, Afrika Selatan boleh berehat dan menyaksikan pertandingan antara Malaysia dan India kerana hanya satu pasukan sahaja diperlukan untuk mengisi tempat kedua teratas Kumpulan 7 dalam siri kelayakan. - Bernama