Anwar, Rafizi diumum Presiden, Timbalan Presiden PKR

Anwar (kanan) bersama Mohd Rafizi pada Kongres Nasional Ke-16 PKR di Pusat Konvensyen Ideal, pada Ahad. - Foto Bernama
Anwar (kanan) bersama Mohd Rafizi pada Kongres Nasional Ke-16 PKR di Pusat Konvensyen Ideal, pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diumum secara rasmi sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi sesi 2022-2025 pada Kongres Nasional ke-16 PKR selepas menang tanpa bertanding jawatan nombor satu itu dalam Pemilihan PKR 2022.

Keputusan kepimpinan baharu PKR diumum Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Saiful Izham Ramli.

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli pula diumum secara rasmi dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, menewaskan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut laman web rasmi PKR, Mohd Rafizi meraih 59,678 undi manakala Saifuddin Nasution mendapat 43,010 undi.

Sementara itu, empat jawatan Naib Presiden PKR yang menyaksikan pertandingan 17 penjuru dimenangi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari (46,075 undi); Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang (34,939); Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (34,496 undi) manakala Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (33,230 undi).

Turut diumum adalah senarai 20 barisan baharu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipilih oleh 2,665 perwakilan pada Kongres Nasional PKR pada Sabtu. - Bernama

Berikut adalah senarai penuh Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR 2022-2025:

Pengerusi tetap: Datuk Ahmad Kassim

Timbalan pengerusi tetap: Muhammad Mustafa Ghazanfar

Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan presiden: Mohd Rafizi Ramli

Naib Presiden:

1.Datuk Seri Amiruddin Shari

2.Chang Lih Kang

3.Nik Nazmi Nik Ahmad

4.Datuk Seri Aminuddin Harun

Anggota MPP:

1. Maszlee Malik

2.​​ Akmal Nasrullah Mohd Nasir

3. Datuk Romli Ishak

4. Fahmi Zainol

5. Mohd Yahya Mat Sahri​​​​​​

6. Nor Azrina Surip

7. Lee Chean Chung

8. Siti Aishah Shaik Ismail

​​​​​​​9. Syed Ibrahim Syed Noh

​​​​​​​10. Gerald Hans Isaac

​​​​​​​11. Simon Oii Tze Min

​​​​​​​12. Wong Chen

​​​​​​​13. Raiyan Abdul Rahim

​​​​​​​14. Tan Kar Hing

​​​​​​​15. Zahir Hassan

​​​​​​​16. David Cheong Kian Young

​​​​​​​17. Hee Loy Sian

​​​​​​​18. Amidi Abdul Manan

​​​​​​​19. Elizabeth Wong Keat Ping

​​​​​​​20. Muhammad Bakhtiar Wan Chik