Pemuda maut dilanggar lari

Seorang pemuda maut dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di Rantau Panjang pada Khamis.
Seorang pemuda maut dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di Rantau Panjang pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang pemuda maut dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di Rantau Panjang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa, Amzar Abdullorhamat, 23, dipercayai dari sebuah kedai serbaneka mahu melintas ke kiri jalan untuk pulang ke rumahnya.

"Ketika melilntas mangsa dikatakan telah diserang sawan sebelum pengsan di tengah jalan.

"Siasatan awal mendapati semasa mangsa sedang terbaring, sebuah kenderaan yang menggunakan jalan terbabit telah melanggar mangsa dan bertindak melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala, koyak bahagian dada dan patah tangan kanan.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Katanya, mangsa yang tidak bekerja dan berpenyakit mental serta sawan sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Kes ini akan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan raya 1987," katanya.