Dua ribut bertembung di tengah palsu

Tular maklumat cuaca berkaitan 'dua ribut bertembung di tengah' di pelbagai platform media sosial serta WhatsApp.
Tular maklumat cuaca berkaitan 'dua ribut bertembung di tengah' di pelbagai platform media sosial serta WhatsApp.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan 'dua ribut bertembung di tengah' di pelbagai platform media sosial serta WhatsApp dan sifatkan ia adalah maklumat palsu.

MetMalaysia menjelaskan, sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India.

"Sistem ini akan menyebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara kita," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tegas MetMalaysia, penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu katanya, orang ramai diingatkan mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline di talian 1-300-22-1638.