Bayar zakat lebih RM50,000, Aeril Zafrel terima penghargaan LZS

Aeril memegang plak penghargaan LZS.
Aeril memegang plak penghargaan LZS.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menerima penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila syarikatnya membayar zakat melebihi RM50,000 kepada institusi berkenaan.

LZS menerusi satu hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Aeril kerana terus membantu golongan asnaf di negeri tersebut.

Dalam hantaran tersebut, LZS turut memuat naik swafoto Aeril bersama plat penghargaan LZS kepadanya.

"Alhamdulillah! Terima kasih Aeril Zafrel kerana terus menyokong membantu asnaf di Selangor.

"Jom sama-sama kita doakan moga harta beliau terus subur untuk bantu mereka yang memerlukan," katanya pada Selasa.

Baru-baru ini, Aeril turut memuat naik gambar swafotonya sambil memegang plak penghargaan LZS di Instagramnya.

"Alhamdulillah dapat penghargaan daripada LZS untuk tahun ini. Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan," katanya dalam hantarannya di Instagram baru-baru ini.