Penyerang Shinzo Abe uji senjata sebelum lakukan serangan

Seorang pegawai keselamatan menangkap Yamagami selepas dia didakwa menembak bekas Perdana Menteri Abe di bandar Nara pada Jumaat. - Foto Kyodo
Seorang pegawai keselamatan menangkap Yamagami selepas dia didakwa menembak bekas Perdana Menteri Abe di bandar Nara pada Jumaat. - Foto Kyodo
A
A
A

ANKARA - Pembunuh Shinzo Abe menguji senjatanya sebelum dia menembak mati bekas perdana menteri Jepun itu, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.

Penyerang dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, 41, berkata, dia telah menguji senjata api buatan sendiri di sebuah fasiliti sebagai persediaan sebelum serangan itu, menurut media tempatan NHK pada Ahad.

Seorang detektif yang menyiasat kejadian itu berkata, Yamagami pada mulanya bercadang untuk menyerang ketua kumpulan keagamaan tertentu tetapi akhirnya menukar fikiran dan mensasarkan Abe.

Abe ditembak pada Jumaat ketika sedang berkempen untuk pilihan raya di bandar Nara dan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan yang dialaminya. - Bernama