Serangan udara AS ragut lapan nyawa di timur Syria

Asap tebal jelas kelihatan selepas bandar Hajin dibedil jet AS semalam.
Asap tebal jelas kelihatan selepas bandar Hajin dibedil jet AS semalam.
A
A
A

DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya lapan orang awam terkorban dalam serangan udara terbaharu Amerika Syarikat (AS) di timur Dayr Al-Zawr, lewat petang semalam.

Serangan itu kononnya menyasarkan kedudukan kumpulan militan Daesh di bandar Hajin.

Sumber tempatan memberitahu agensi berita SANA bahawa kesemua yang terbunuh merupakan dari satu keluarga, apabila kediaman mereka musnah dalam serangan tersebut.

Ini adalah kali kedua AS membedil bandar sama dalam tempoh dua hari.

Dalam serangan Rabu lalu, kebanyakkan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak. - Press TV

Artikel Berkaitan: