Kecewa Stadium Darul Aman penuh sampah

Seorang pekerja Perbadanan Stadium Negeri Kedah sedang membersihkan sampah yang ditinggalkan dalam stadium tersebut.
Seorang pekerja Perbadanan Stadium Negeri Kedah sedang membersihkan sampah yang ditinggalkan dalam stadium tersebut.
A
A
A

"COME on brooo! We are better than this! (kita lebih baik daripada ini)," Itu mesej yang disampaikan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melalui Facebook rasmi mereka yang kecewa dengan keadaan Stadium Darul Aman selepas tamat aksi Perlawanan Liga Super 2019 di antara Kedah dan JDT pada Jumaat lalu.

Persatuan tersebut turut berkongsi beberapa keping gambar keadaan stadium dan juga beberapa pekerja Perbadanan Stadium Negeri Kedah sedang membersihkan sampah yang dibuang oleh segelintir penyokong tidak bertanggungjawab.

"Lihatlah peninggalan sampah sarap di Stadium Darul Aman setiap kali berlangsung aksi perlawanan Liga Malaysia.

"Semak mata memandang!,"tulis KFA dalam hantaran tersebut.

Persatuan tersebut turut menggesa agar sikap tersebut tidak diulangi lagi terutamanya pada perlawanan seterusnya di Stadium Darul Aman Rabu ini bagi aksi Pusingan Kedua Piala FA 2019 bertemu Selangor United.

"Ayuh buktikan kita mampu merubahnya, perlawanan seterusnya di Stadium Darul Aman Rabu ini pastikan kawasan sekitar tempat duduk anda bersih dari sampah dan sisa makanan anda," katanya.

Artikel Berkaitan: