Beng Choo dilantik semula ketuai Sofbol Asia

Beng Choo
Beng Choo
A
A
A

BEKAS Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo dilantik semula sebagai Presiden Sofbol Asia.

Beng Choo yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Sofbol Besbol Dunia (WBSC), mempertahan jawatan tertinggi Sofbol Asia semasa pemilihan yang berlangsung pada Kongres WBSC keempat di bandar raya Taipei, Taiwan.

Sofbol Asia dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawangnya turut mengesahkan bahawa Yi-Chuan Pan dari Taiwan menyandang jawatan sebagai Pengerusi manakala Taeko Utsugi dari Jepun dipilih sebagai Naib Presiden pertama dan Sally Swee Gaik Lim (Malaysia) sebagai Setiausaha Agung.

Badan induk sofbol Asia itu turut memilih Susan Zhang (China), Patrick Ka Him NG (Hong Kong), Eun-Young Kim (Korea), Jean Henri Lhuillier (Filipina) dan Yotsakrai Phainpanitporn (Thailand) sebagai naib-naib presiden.

Turut dilantik Chia Hsing Chang (Taiwan) sebagai setiausaha kepada Pan manakala Yutaka Miyake (Jepun) sebagai penasihat.

"Selain itu, Kongres Sofbol Asia sebulat suara meluluskan pelantikan Yang Xu, Presiden Sofbol China, sebagai Naib Presiden Sofbol WBSC bagi Benua Asia.

"Xu memegang jawatan itu secara interim tahun lepas bagi pihak mendiang Hiromi Tokuda," menurut kenyataan itu.