Kalwant Singh gagal rayuan, jalani hukuman mati esok

Mahkamah Rayuan Singapura pada Rabu menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, dengan itu beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti yang dijadualkan Khamis (7 Julai 2022). - Gambar hiasan
Mahkamah Rayuan Singapura pada Rabu menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, dengan itu beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti yang dijadualkan Khamis (7 Julai 2022). - Gambar hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Mahkamah Rayuan Singapura pada Rabu menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, dengan itu beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti yang dijadualkan Khamis (7 Julai 2022).

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Too Xing Ji dari BMS Law LLC yang memberitahu Bernama mengenai keputusan mahkamah itu di sini pada Rabu.

Kalwant, 32, dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Sabitan dan hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama, dan berdasarkan keputusan hari ini pelaksanaan hukuman akan dijalankan mengikut jadual, kata Too.

Kalwant yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang ditahan di Singapura pada 24 Oktober 2013 dan disabitkan kesalahan memiliki 60.15 gram diamorphine dan mengedar 120.9 gram dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.

Walaupun perbicaraan dijalankan secara maya, Too yang mewakili Kalwant berkata mahkamah penuh sesak dan ahli keluarga Kalwant turut hadir.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, pada 27 April lalu, seorang lagi warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam turut menjalani hukuman mati kerana mengedar heroin. - Bernama